Pemandu Grab kesal kena game penumpang tak bertanggungjawab – Dah la trip RM31, pastu kata wallet tertinggal’

loading...

Viral di Twitter, luahan seorang pemandu Grab yang kesal dengan sikap seorang penumpangnya yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan dia mengalami kerugian RM31.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Hani berkata, penumpang terbabit memberikan alasan tertinggal dompetnya dan berjanji akan membuat bayaran secara ‘online transfer’. Malangnya sampai ke hari ini dia masih belum menerima sebarang bayaran dari individu berkenaan.

“Kalau tak ada duit, tak payah naik Grab lah setan! Sudahlah trip RM31, lepas tu cakap wallet tertinggal. Nak bank in, tak bank in sampai ke sudah.

“Orang buat Grab untuk cari rezeki, tapi kena game pula ada. Ada nampak saya happy ke? Eh! Geramnya.

“Lain kali tak ada duit, naik Rapid KL lah p**dek.” tulisnya.

Luahan Hani itu mendapat perhatian netizen yang bersimpati dengan insiden yang dialaminya. Tidak kurang juga ada yang meminta dia redha dengan apa yang berlaku dan menganggap itu bukan rezekinya, selain meminta dia membuat aduan kepada pihak Grab.

Sementara itu, ada segelintir netizen yang mencadangkan pihak Grab menetapkan penumpang perlu membayar deposit bagi perjalanan jauh.

“Tak boleh jadi macam ni. Grab dan Uber kena wajibkan penumpang bayar deposit bagi perjalanan jauh. Contohnya bagi perjalanan sehala yang tambangnya RM100, deposit dikenakan RM70. Bila dah sampai, baru bayar baki tambang,” cadang Muhd Hakiem.

“Jangan marah-marah. Sabar. Hari ini awak hilang RM31, mana tahu berkat kesabaran awak tu nanti Allah gantikan balik dengan RM310. Mana kita tahu? Tak mustahil ianya terjadi,” kata Asmadi.

Sumber : Pelbagai

loading...