RESIPI ROTI JALA KUAH PENGAT DURIAN.

loading...

Pengat Durian /Kuah Durian

Bahan-bahan:

8-10 ulas durian
1 kotak santan (saya guna ayam brand)
2 keping nise/gula kabung
2 cawan air (boleh tambah lagi kalau pekat)
1/2 cawan gula
Sehelai daun pandan
Secubit garam

Cara-caranya:

Masukkan gula kabung/nise + air+gula+daun pandan dalam periuk dan masak sehingga larut.
Kemudian masukkan durian + santan + garam
Masak sehingga kuah pekat. Siap

 

Roti Jala Hijau 

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
3 cawan air
Sebiji telur
Secubit garam
Pewarna hijau/ jus pandan

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan dalam blender & blend sekejap.
Kemudian tapis & boleh mula menjala.

 

Selamat mencuba!

Credit to ellazkitchen (Brownies & Cakes)

loading...