RESIPI AYAM MADU – STAIL SABAH

loading...

 

Ayam madu-stail sabah : rasa madu + kicap cicah dia memang menusuk kalbu. Resipi pun simple sahaja. Sini ada dua jenis stail perapan , bonus cara membuat kicap cicah dia sekali.

Jom cuba…bulih bah kalau kau 🙂

STAIL PERTAMA

Bahan-Bahan

10ketul sayap ayam
Seinci halia
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Madu (ikut suka nak letak banyak mana)

Cara-cara

Campurkan semua bahan di atas KECUALI madu. Perapkan sekurang2nya 1 jam. (Lagi sedap kalau perap semalaman.)
Bakar atas bara api sehingga masak. (Bila dah masak sapukan madu atas ayam dan bakar dalam 5minit).. Siap .. Potong dua sebelum makan ..
Makan dengan nasi panas.cicah dengan sambal kicap .. sedap..
Jangan campurkan madu masa nak perap.Sebab cepat hitam jadinya kalau bakar atas bara api..

STAIL KEDUA

Bahan-Bahan

10ketul kepak ayam
6 ulas bawang putih
3 sudu besar madu
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sula
minyak untuk memanggang
serai untuk sapuan minyak

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan tadi sehingga sebati dan perap semalaman dalam peti ais
Panggang ayam diatas bara api.(pastikan bara O.k!)
Sapuan minyak pada kepak
Terbalikkan ayam supaya masak sekata
Masak dan hidangkan dengan kicap khas versi sabah

RESEPI KICAP CICAH DIA PULA
 
Bahan-Bahan

Kicap cair cap ayam
Cili padi
Bawang putih
Bawang merah

Cara-cara

Mula-mula potong cili padi,bawang putih, dan bawang merah dalam bentuk yang kasar
Masukan kedalam bekas bersama kicap dan bahan-bahan tadi
Untuk mengeluarkan pedas hanya menekan cili padi tadi dengan sudu semasa bersama kicap
Boleh makan bersama ayam madu,ikan bakar,daging bakar  pun boleh, pasti menawan hati anda.

loading...