Resepi Mee Kolok Basah

loading...

Tiba-tiba ternampak gambar mi kolok ni dlm folder. Adehh…meleleh dah air liur ni…terus rs nk demam! Hujung minggu ni InsyaAllah, nak buatlah mi ni. Tak kira gak, kalau mek Mukah tak pos mi kolok pun, pakai mi instant pun jadilah…janji ada rasa mi kolok ok la tu…hehe. Sabar je la…huhu. Menyesal tengok gambar ni mlm tadi. Buat kita lapar je kan…

O ya, DJ kan kalau balik kampung, DJ mesti singgah ke kedai makan Bimmers ni. Tempatnya mmg crowded dan susah nak parking. Mau nak kena 10 kali tawaf baru jumpa parkir kosong. Sudahnya, DJ tapau jelah, senang. Nasib baik kakak sudi temankan. Mi kolok punya psl kan…hehe…

Related image

 

 

 

 

 

 

 

 

Memang sedap mi kolok kat tempat ni. Sgt2 menepati selera. Sebungkus belum tentu cukup. Mi kolok goreng pun sedap tau. Kedua2 versi ni DJ suka.

Ok, DJ share resepinya di sini dulu ye. Lepas buat nanti, DJ update lagi dgn gambar baru. Sesiapa yg berminat, bolehlah cuba. Tak rugi tau. Memang berbaloi2!

Resepi Mee Kolok Basah
by : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :

300 g mi kolok (kalau tak ada, boleh guna mana-mana je non-fried noodles atau instant mee)
1 sudu besar perencah sup
200 g daging lembu
air secukupnya
sedikit garam
7 ulas bawang putih (dicincang)
8-10 biji cili api
1 sudu kecil serbuk lada hitam
minyak masak secukupnya
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
daun bawang dan daun sup (dihiris)
1 sudu kecil sos ikan / sos soya
1 sudu makan cuka

Cara-cara

UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah/supnya (boleh dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).

UNTUK MEE: Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.Di dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata-rata. Keluarkan.

UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau x ada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)

Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.

****kalau nak memeriahkan lagi suasana mee ni, jika suka boleh juga dicampurkan dengan tauge/sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus/celur dulu ye)

Kredit : dayangjack.blogspot.my

loading...