Resepi Ayam Peri-Peri gaya Nandos

loading...

 

Resepi ini merupakan Resepi Masakan Portugis dari Afrika Selatan. Kalau rasa malas nak keluar, tapi tekak teringin nak makan dan bahan semua ada di rumah, tunggu apa lagi 🙂
Bahan-bahan:

1/2 ekor Ayam – leg dan kepak (buang kulit)
4 sudu besar Olive Oil
4 ulas Bawang Putih
10 biji Cili Padi Merah
1 sudu besar Paprika
1 sudu kecil Oregano
1 sudu kecil Garam
1/2 sudu kecil Black Pepper
1 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Madu
1/2 inci Halia
4 sudu besar Extra Hot Peri-peri Sauce (boleh beli dekat Nandos)

Cara-caranya:

Ayam cuci bersih, buang kulit
Campur semua bahan kecuali ayam, blendkan sampai halus.
Tuang hasil blend ke atas ayam, gaul rata then perap ikut kesukaan korang. (1 jam, 1/2 hari or semalaman. Terpulang)
Alaskan dulang untuk bakar ayam dengan aluminium foil. Susun ayam yang dah diperap atas dulang)
Panaskan Oven dengan suhu 170-200C selama 10-15minit.
Bakar ayam dalam masa 15-20 minit pada suhu 170-200C ikut kesesuaian oven korang jenis macam mana,
Kalau still tak masak, bakar sampai masak. Adjust masa mungkin tambah lagi 10-15 minit.

Selamat Mencuba

Kedit: Resepi Malaya

 

loading...