Resepi Ayam Kam Heong Istimewa!

loading...

Bahan-bahan yang diperlukan:

2 ulas bwang besar (sebiji didadu dan sebiji lagi dipotong kasar)
4 ulas bwang putih (diketuk)
6 cili merah (belah 2) -/+ ikut selera anda
7 cili kmpung (belah 2) -/+ ikut selera anda
20 helai daun kari
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap lemak manis
3 or 4 sudu serbuk kari
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, garam dan lada hitam. Perap smentara sedia bahan lain.

2. Goreng ayam hingga masak.

3. Angkat dan letak ayam yang digoreng tadi di pinggan.

4. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air tapi jangan sampai jadi cair sangat.

5. Panaskan minyak dan tumis bwang besar dan bwang putih shingga wangi.

6. Masukkan kari yang dicampur sedikit air tadi bersama daun kari.

7. Masukkan sos dan kicap.

8. Gaul sebati, balik-balikkan dan tunggu sampai jadi macam gambar di atas.

9. Masukkan ayam goreng dan cili.

10. Gaul rata, tunggu beberapa minit, tutup api dan hidang. Selamat menjamu selera.

loading...