Petua Untuk Rawat Kaki Dan Tangan Kebas

loading...

Percaya atau tidak bila usia kita dah masuk 40an, macam-macam penyakit dah mula menapak dalam badan.

Kadang-kadang kita tak sedar ada masanya kaki kita kebas dan menyucuk-nyucuk bila bangun daripada duduk.

Kadang-kala kalau perlu makan bersila kita terpaksa mengelak sebab bila duduk lama kaki cepat kebas.

Masalah kebas ini boleh terjadi dimana-mana bahagian badan kita. Namun selalu berlaku di bahagian tangan, jari dan kaki.

Seperti penyakit lainnya, kebas ini menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka yang aktif dan bekerja setiap hari.

Selain masalah kebas kaki dan tangan, masalah angin dalam badan usah cakaplah.

Selalu sangat badan rasa lenguh dan berat bila nak berjalan. Sesekali lutut pun ada rasa lenguh dan sakit-sakit.

Puteri Aura Balqis yang berkongsi petua ini di facebooknya sangat berguna untuk kita cuba.

Kalau bukan untuk diri sendiri, buatkanlah untuk ibu anda di rumah.

Bukan hanya atasi masalah angin dan kebas pada kaki dan tangan, malah cara ini juga memudahkan untuk buang air besar.

Jom cuba petuanya.
Bahan-bahan:

Halba
Halia
Serai

Caranya mudah sahaja iaitu dengan merebus kesemua bahan ini hingga mendidih.

Apabila mendidih, angkat dan campurkan dengan sedikit air asam jawa dan kacau.

Amalkan minum air ini setiap malam, sebelum waktu untuk tidur. Paling disarankan minum air rebusan ini ketika waktu panas atau sedikit suam.

Esok paginya, badan akan jadi lebih segar selepas bangun pagi.

Selamat mencuba

 

Sumber: Petua Ibu

loading...