Image result for masker muka lidah buaya

Petua Kecantikan Zaman Dulu-Dulu

loading...

 

Pasti kita masih ingat petua kecantikan yang sering diajar oleh ibu atau nenek kita semasa kita mengenjak ke alam remaja. Macam-macam petua yang mereka berikan kepada kita. Kadang-kadang petua kecantikan zaman dulu masih berguna dan boleh diterima pakai. Lihat sahaja muka mereka yang bersih tanpa menggunakan apa-apa product moden seperti sekarang.

 

PENJAGAAN MATA

Masih ingat lagi , ketika bangun tidur dan sewaktu nak cuci muka selalu nenek saya suruh saya buat urutan dibahagian bawah mata, ini untuk mengelakkan mata daripada sembab.
Jangan gosok mata dengan kuat. Nanti mata cepat kedut.
Teh uncang yang telah digunakan, boleh ditekap dibahagian mata sehingga kering.
Hirisan timun juga boleh digunakan seperti teh uncang.

PENJAGAAN KULIT MUKA

Nak kulit muka licin, tiap-tiap malam pakai bedak sejuk.
Masa basuh muka setiap pagi baca selawat nabi, niat dalam hati nak sebersih muka nabi Yusuf, air diraut keatas.
Kena rajin makan buah tomato, makan ulam-ulaman mentah.
Jangan selalu basuh muka bila cuaca panas, nanti cepat naik panau.
Masker pakai lendir lidah buaya.
Ambil air embun diwaktu pagi dan disapu kemuka
Sesekali wapkan muka dengan air rebusan nasi yang sedang menggelegak.
Jerawat jangan dipicit dengan kuku. Ini boleh merosakkan kulit dan meninggalkan parut.

PENJAGAAN RAMBUT

Bunga raya yang bersih diramas sehingga keluar lendir, kemudian dicampur dengan telur ayam kampung. Sapukan pada rambut dan dibiar selam 10 minit baru dibilas. Boleh diamalkan seminggu sekali atau 2 kali.
Kalau selesai membasuh rambut , hanya ditekap-tekap dan diperah dengan tuala dan balut dengan tuala.
Jangan disikat rambut ketika basah dan dibiar kering secara semulajadi untuk mengelakkan rambut putus dan gugur.
Jangan diikat sewaktu lembab.

PENJAGAAN KULIT BADAN

Jangan terus mandi ketika badan sedang panas.
Elak mandi air panas, untuk mengelakkan kulit kering.
Rajin-rajin sental badan ( dulu-dulu nenek suruh saya sental dengan batu sungai untuk hilangkan daki dibadan )
Kalau ada luka di kulit badan , jangan di balut, hanya sapukan ubat dan dibiar terbuka supaya luka cepat kering.

MENGHILANGKAN BAU KETIAK

Ketika sedang mandi , gosok ketiak anda dikepala lutut berulang kali.
Lepas mandi lap kering bahagian ketiak, jangan dibiar lembab.

BIBIR MERAH

Sapu madu asli dibahagian bibir setiap malam.

loading...