‘Makcik Ni Ambil Tiga Biskut Apollo Coklat’ Apabila Saya Cuba Sapa – Makcik Ni Jawab Dengan Nada Perlahan Dan Sayu “Kalau Boleh Makcik Nak Beras” ALLAH. Tersentap Jiwa Saya..

loading...

Jumpa seorang makcik ni semalam menjelang maghrib. Dia ambil tiga biskut apollo coklat dan dengan rasa kebimbangan ditanyanya harga untuk tiga apollo. Mungkin bimbang wang tidak cukup. Naluri kemanusiaan rasa seperti ada yang tidak kena kebetulan ada wang baki lagi.

Terus ditanya ” Makcik nak apa apa lagi, ambillah, tak payah tanya harga, saya bayar” Makcik dengan nada perlahan dan sayu “Kalau boleh makcik nak beras” Allah. Tersentap jiwa. Dalam hati sah ni apollo dia beli uuntuk dia bertahan perut makan malam. “Takpe makcik, ambillah yang mana makcik nak, gula dan minyak dah ada ? ” Lalu makcik ni berjalan mengambil gula dan minyak.

Diucapnya terima kasih dan kata katanya “Hanya tuhe (Tuhan) boleh balas” membuat hati tersentap dan sebak. Lihat mata makcik bergenang air mata, hati terus turut serta menangis.

sebelum keluar kedai. Sempat hulur duit raya “Selamat Hari Raya, Semoga Allah mudahkan makcik”
Siapa sangka pada hari raya ketiga. Masih ada insan yang juadah malam hanya Apollo dan beras pun tiada. Allah. Satu tarbiyah jiwa. Alhamdulillah. tq Allah.

Kita raya, bukan kita seorang nak gembira. Jenguk-jenguk juga rumah usang, tak cukup dengan prasangka baik sahaja. Pesanan untuk diri sendiri.

Makcik ini, saya terjumpa di kedai runcit, tak sempat nak tanya alamat bagai, dalam keadaan saya nak cepat, tak terpikir nak ambik nama dan sebagainya. mohon janganlah tanya alamat dan kawasan. Sebab saya kena cari makcik ni pakai gambar asal. Terima kasih semua.

Kredit: Aman Husni

loading...