Image result for ketagih gajet

Kesan ketagihan skrin TV, Youtube ataupun gajet kepada anak-anak!

loading...

Adakah anda selalu memberikan gajet kepada anak? Anak selalu menangis, anda tak tahu nak buat apa, maka terus bagi gajet? Anak anda seolah-olah ketagih tengok Youtube? Anak anda boleh menghadap gajet sehari suntuk tanpa perlu makan atau ke tandas?

Mohon hentikan serta-merta.
jangan jadi seperti keluarga antisosial ini semua tak berkomunikasi sebab asyik pegang telefon

Pada bulan Oktober 2016, Akademi Pediatrik Amerika (American Academy of Pediatrics, AAP) telah memberi garis panduan terbaru tentang pendedahan media digital kepada kanak-kanak. Antara senarai dalam garis panduan tersebut menyatakan:

Bagi kanak-kanak di bawah 18 bulan, penggunaan sebarang gajet MESTI dielakkan kecuali untuk membuat panggilan video.

 

Ibu bapa yang ingin memperkenalkan media digital kepada anak berusia 18-24 bulan diharuskan memilih program yang berkualiti dan tonton bersama-sama untuk membantu mereka fahami apa yang mereka lihat.

 

Bagi kanak-kanak dari 2 hingga 5 tahun, hadkan masa menggunakan gajet kepada SATU JAM sahaja SEHARI dan menggunakan program yang berkualiti tinggi. Ibu bapa perlu tonton bersama dengan anak-anak untuk bantu mereka faham apa yang dilihat dan aplikasikan ke dunia sebenar.

 

Bagi anak-anak 6 tahun ke atas, tetapkan had masa secara konsisten dan pantau semua jenis media yang ditonton/digunakan. Pastikan penggunaan gajet tidak mempengaruhi masa tidur, masa riadah dan tidak mengganggu kemahiran asas lain bagi kanak-kanak.

jangan main ipad di meja makan

Tetapkan masa yang tidak dibenarkan untuk memegang gajet seperti ketika sedang makan malam atau semasa memandu. Selain itu, tetapkan juga senarai lokasi yang tidak dibenarkan menggunakan gajet, contohnya bilik tidur.

 

Sentiasa berbincang dengan anak tentang keselamatan ketika melayari dunia digital dan cara berkomunikasi dengan betul sama ada secara dalam talian (online) mahupun luar talian (offline)

kecik kecik dah pandai main gajet main game tengok youtube

Garis panduan ini harus diambil berat dan digunakan sebaik-baiknya oleh ibu bapa kerana tinjauan NHMS yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Umum Malaysia pada tahun 2016 mendapati 52.2% kanak-kanak berusia bawah 5 tahun dibenarkan menonton atau menggunakan gajet (termasuk TV) pada tempoh yang melampaui had dan tidak wajar bagi seorang kanak-kanak.

Statistik ini amat membimbangkan kerana screen time yang panjang boleh mengganggu pertumbuhan mental dan fizikal seorang kanak-kanak. Sememangnya tidak dinafikan kita kini hidup dalam dunia teknologi dan penggunaan alatan elektronik banyak membantu dalam kehidupan seharian. Namun jika dibiarkan, kanak-kanak ini kelak akan mempunyai masalah apabila mereka meningkat dewasa.

anak anak bosan sebab tiada gajet

Ibu bapa harus biarkan sahaja ajar anak berasa bosan kerana pada saat mereka bosan, minda mereka secara automatik akan mula berfikir secara kreatif, meneroka segala aktiviti yang berkemungkinan akan menghilangkan kebosanan itu. Sebaliknya, sekiranya anda membiarkan mereka memegang gajet, mereka tidak akan mahu berfikir langsung dan terus khayal dalam dunia fantasi ciptaan orang lain.

Mungkin anda rasa agak mencabar nak hentikan anak daripada memegang gajet. Tapi anda perlu tahu bahawa anak-anak mudah terganggu apabila ada gajet di sekeliling mereka. Sebagai contoh, situasi di mana seorang ibu sedang menyusukan anak. Walaupun anak kecil itu tidak melihat apa-apa skrin di hadapannya, tetapi dia masih boleh diganggu dengan bunyi dan cahaya yang mungkin boleh mengganggu proses penyusuan.

bayi terganggu dengan skrin telefon atau tv menyebabkan mereka kurang fokus

Selain itu, gangguan itu juga boleh memberi kesan terhadap hubungan ibu dan anak. Proses penyusuan/memberi makan itu sebenarnya harus membentuk satu perhubungan yang erat kerana kedua-dua mereka sedang bertentangan wajah dan bersentuhan. Bayangkan jika anak itu sering terganggu dengan gajet ataupun ibu sibuk main whatsapp? Lama-kelamaan anak ini akan mengalami masalah disiplin apabila besar nanti sekiranya dia ‘diabaikan’ sejak kecil.

Anda perlu pertimbangkan segala kesan positif dan negatif sekiranya benar-benar mahu anak bermain dengan gajet. Panduan di atas ini tidak bermakna anda tidak boleh bermain video game langsung ataupun menonton tv bersama-sama anak. Apa yang lebih penting adalah komunikasi dan keakraban sesama ahli keluarga.

loading...