10 Tangga Yang Paling Menggerunkan Di Dunia, Malaysia Tersenarai!

loading...

Kalau kita tengok 10 tangga tertinggi di dunia yang dicatat portal Travel and Leisure ini, kita yang tak fobia ni pun lemah semangat nak daki. Memang menguji keberanian kita! Kenapa? Jom tengok sebabnya.

#1. Angkor Wat, Kemboja

Candi Angkor Wat yang dibina untuk agama Hindu di Kemboja ini terkenal dengan tangganya yang curam. Jadi tak hairanlah tali dipasang bagi membantu pengunjung ketika mendaki tangganya. Menurut pemandu pelancong Angkor Wat, tangga di situ sengaja dibina curam sebagai peringatan bahawa syurga itu sukar dicapai.

#2. Verruckt, Kansas, Amerika Syarikat (AS)

Kengerian berganda! Gelongsor air tertinggi di dunia ini pernah menyaksikan kematian seorang budak lelaki berusia 10 tahun selepas tercampak dari gelongsor berkenaan dan jatuh pada ketinggian 50 kaki. Gelongsor itu mempunyai ketinggian 168 kaki dengan 264 anak tangga. Berani naik?

#3. Air Terjun Pailon del Diablo, Ecuador

Percayalah, anda pasti akan terpedaya dengan seni bina tangga serta keindahan pemandangan air terjun di sini! Bukan mudah ya mahu mendaki tangga batu licin berdekatan air terjun itu.

#4. Laluan Kabel Half Dome, California

Half Dome terkenal di kalangan pendaki. Pengunjung perlu mendaki 400 anak tangga vertikal yang hampir menegak 90 darjah dengan bantuan kabel logam. kecuraman tangga ini betul-betul ekstrim! Mereka yang memiliki masalah jantung tak digalakkan mendaki kubah ini ya.

#5. Tangga Inca, Machu Picchu, Peru

Tangga ini dibina suku Inca lebih 500 tahun lalu. Tangga yang kelihatan seperti jurang ini memiliki 600 anak tangga dibuat daripada batu granit.

#6. Patung Liberty, New York

Nak jejakkan kaki ke atas mahkota Statue of Liberty? Anda harus mengharungi 377 anak tangga berbentuk lingkaran sebelum boleh menjejaki ke puncak patung itu.

#7. Stesen Janakuasa Florli, Norway

Bukan sahaja gayat kerana memiliki 4,444 anak tangga, malah pengunjung boleh mendengar bunyi kayu retak ketika mendakinya.

#8. Gunung Huashan, China

Tangga curam dibina mengelilingi gunung itu menyebabkan ia digelar sebagai ‘Tangga Syurga’. Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan jumlah anak tangga di gunung setinggi 2,154 meter ini. Apa yang menarik, di puncaknya terdapat kedai teh di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan sambil bersantai-santai.

#9. Balai Cerap Janssen, Mont Blanc, Perancis

Tak mencabar sangat pun nak panjat ke balai cerap ini, apa yang menakutkan adalah lokasinya yang terletak di gunung tertinggi Pegunungan Alp!

#10. Batu Caves, Malaysia

Malaysia pun ada tangga tinggi melangit juga tau! Gua ibadat bagi penganut agama Hindu ini memiliki 227 anak tangga dengan ketinggian 100 meter.

Selalunya nak panjat tempat-tempat tinggi ni, tidaklah sesusah ketika mahu turun semula. Betul tak?

Sumber: taikotai

loading...